
Top Flowers Comments Graphics
Sekadar hiasan...hikhikhik..
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin
menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi.
Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan
diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh
Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan
cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka
seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah
perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk
tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia
yang ingin cinta-menyintai ini.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara
dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan
dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan
pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada
hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara
masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang
wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan
wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi
masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan
terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan
segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan
mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan,
emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah
ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka
akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan
calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju,
barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi
tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang
oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling
mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan
hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan
dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen
yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri.
Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk
bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa
ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang
bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua
pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan
secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur
dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan
perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada
pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah.
Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau
segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan
keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.
Kesimpulannyer...kita ni tak perlu la nk bercinta bgai nk rak kan..mmg prasaan tu tak bleh blah dlm diri kita ni..tp bwak2 la mgawal diri...ap pun jodoh pertemuan di tangan Allah..tak yah r risau2..mmg kna usha gak tuk cari, tp biar ler bersederhana..ingat tu iela...hihihi..










No comments:
Post a Comment