Pages

Followers

Saturday, February 12, 2011

Valentine Day Menurut Islam


Assalammualaiukum kepada kekawan semua..Bulan 2 nih kita tak lari dari terdengar tentang sambutan valentine day ni, dan saya tahu, ramai yang tahu bahawa menyambut VD adalah haram bagi agama islam..Tapi bila tiba jer bulan 2 nih dari zaman sekolah sampai la bekerja sekarang, masih ada yang menganggap itu adlah hari yang bermakna, kerana VD dilambangkan sebagai hari berkasih sayang..

Tapi yang pasti, VD adalah berasal daripada agama kristian, antara sejarah yang pernah saya baca dari sumber wikipidia , " Hari Valentine atau Memperingati Kekasih ialah satu yang memperingati Santo Valentine pada 14 Feb sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara."..Maka yang pasti Vd ni berasal dari agama Kristian.Tapi mugkin juga ada sejarah lain yang tidak kita ketahui. Tapi sebagai umat islam adkah kita patut untuk mengikuti apa yang tidak kita ketahui??

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi"


Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”. (Sumber: Link 2).

Maka kesimpulannyer, perlukah kita sebagai umat islam untuk merayakan & mengangap 14 Feb sebagai hari yang patut dirai?? Marila sama2 kita fikir-fikirkan yeer..((),o)


Artikel yang menarik untuk dibaca from Ustaz Zaharuddin..=)




1 comment:

Alif said...

Marilah kita menyambut hari kekasih kita "Muhammad S.A.W"...
Salam Maulidur Rosul