Assalammualaikum dan Salam sejahtera... Sangat lama tak mengupdate blog nih..Almaklum lappy dah lama berbungkus semenjak kahwin ni kan..
So hari ni ila nak 'share' tentang pengalaman ila hampir 2 bulan lepas 'about' cyst (rujuk sini kalau nak tau detail). Mungkin ada yang 'familiar' tentang penyakit ini, tapi mungkin gak ada yang belum pernah dengar.Maka dengan itu ila nak catatkan sejarah dan kenangan ditahan di spital selepas hampir 29 tahun hidup ni..
*******
Oktober 2013, Ila pernah alami keguguran, mungkin belum rezki, Kemudian selepas berpindah ke Johor,Julai 2014.. satu hari di tempat kerja, ila ada angkat 'material' yang x berapa nak berat pun tapi dalam kuantiti yang banyak mungkin..'Suddenly' terasa macam sesuatu yang sangat x selesa..senang cerita macam tumpah darah.Keesokannya mc dan check klinik panel, tapi doktor kata rahim semua ok..ok la.Tapi semenjak tu rasa sakit bahgian abdomen memang makin parah rasanya..Jalan lebih confirm menyengat,,Badan rasa sangat lesu, muka memang kerap kena tegur dengan downline..pucat selalu.
********
September 2014..Pertengahan bulan tu macam orang preggy, memang tersangat 'extreme' punya mabuk..period memang hampir sebulan 'delay'. UPT dah berkotak beli api memang negatif tapi satu hari tu ada double line cuma kabur. Ok takper kita try lagi seminggu..Tetapi..keesokan harinya pulak..jeng,,jeng..jeng..
******
Keesokan harinya..bendera merah berkibar..diikuti rasa sakit tak boleh tahan..Konon nak bersiap pergi kerja,,tapi sekali lagi MC. Huhuhuhu..Buat keputusan nak pergi klinik lain lak. Dan masa tu wat scan, 2 kali doktor buat sebab nak confirmkan tentang penemuan ketumbuhan di ovari kanan a.k.a cyst, Tapi time tu doktor syak je..Doltor suruh refer hospital as soon as possible,,Time tu ada 2 ketulan yang kelihatan,,satu tu hampir 3mm..kicik jeee..Tapi salah dengar hokkay..Actually 3cm..hohohoho
*****
Gagahkan diri bekerja walau terasa perit bila drive dan berjalan..Tapi bila hari off.. kebetulan saing dengan hubby off day, hubby terus ajak gi spital..mula tu taknak sesangat..tapi dah rasa sakit,,pergi la gak..
*****
ila guna smart medic daripada MAA TAKAFUL, maka berani la terjah specialist..kuikuikui..tapi alkisah sebenar dulu rasa macam x penting pun insurance ni..nmpak agent..ca alif ba wau ta...cabuut..hahhahaha..Tapi Allah nak tunjuk, berjodoh dengan agent takaful so dialah yang suruh gak amik..maka sebab bunga-bunga cinta tengah mekar...amik jer latanpa sedar kepentingan masa tu..ter'rewind' kisah setahun sebelum lak..hihihihi..
*****
"first g pakar kempas..tapi bila doktor wanita takde..so cari option lain..pergi pakar wisma maria..pun dktor wanita takde..pastu terus g puteri specialist KPJ..Kalau x der gak mungkin terjah Colombia..Tapi bila tanya kaunter ada doktor wanita..so teruskan sajerla pemeriksaan..Akhirnya keputusannya adalah..
******
Confirm cyst,,dan besar dah sangat hampir ke 5cm..So doktor sarankan untuk buat pembedahan kalau nak preggy..Kos pembedahan ikut cara yang kita pilih..1st belah macam nak bersalin operate tuh,kos dia dalam RM7k- RM8k. Kalau tebuk dalam 3 lubang RM10k++, Ila pilih choice yang ke2.Tapi bayaran yg ila perlu bayar hanya RM45 masa discharge selepas 4 hari 3 malam di situ.
******
Rasa dan perasaan operate tuh dan procedure untuk guna smart medic card tuh & claim insurance..( penting untuk elak salah faham bila tiba masa nak claim..takut orang slah paham dan menyatakan insuren tu menipu..tapi hakikatnya sangat berguna dalam masa ekonomi sgt tinggi sekarang) ..ila share lain kali la..dah lotih menaip..ni pun x tau ada yang membaca ke x..tak kisahla..anggap je ni kenangan untuk ila sendiri..blog ni antara koleksi terindah karya diri yang memang banyak sangat sejarahnya..walau camner pun saya tetap terus aktifkan walau setahun sekali..hihihihi..
******
Apa yang penting mindset ila dah bertukar dari anti insurance kpada agent insurance & takaful..Saya masih belajar dlm bab insurance..tapi kalau berminat leh pm ila untuk info lanjut tentang polisi yang ditawarkan MAA TAKAFUL.dan untuk general ada gak service kami sediakan..ok daa,,cont next time..daaa TQ sudi membaca..;)










No comments:
Post a Comment